Followers

Friday 2 May 2014

tak mengapa

tak mengapa...biarkan
biarkan aku bertatih
biarkan aku mengensot
biarkan aku merangkak
bahkan biar aku cuba untuk mencapainya dalam keadaan berbaring sekalipun
kerana
mungkin itu lebih baik dari berlari
berlari sehingga meninggalkan yang lain
berlari sehingga keciciran keperluan lain
berlari sehingga tidak punya masa untuk yang lain
bahkan mungkin berlari tanpa merancang arah sehingga tersasar ke tempat lain
tak mengapa...biarkan
biarkan aku
sedangkan aku juga mencuba bukan?
sedangkan aku sedang mencuba bukan?
sedangkan aku masih mencuba bukan?
bahkan aku tidak pernah lupa untuk mencuba!
tak mengapa...biarkan
biarkan aku


No comments:

Post a Comment