Followers

Tuesday 4 February 2014

negeri sembilan

skang lagu2 dialek n9 smakin popular...gelombang n9.
ak xde mslh sgt ngn lagu2 dialek ni..biasanya lagu yg ad dialek2 ngri ni mst mncritakan tntg ngri tsbut, adat, tmpt n mcm2 lg la. cth: lagu 'poi pokan' (n9) cite psl tmpt2 kat n9. lagu dialek klntn, tganu sume pun ak lyn je. cuma ad lagu baru ni (xtau tjuk), ak xbpe bkenan sebahagian lirik mcm ad unsur2 kotor. ok, so, amek buang yg keruh ambik yg jernih. klu kta phm ap yg org tu nyanyi, yg baik jdkan pngajaran, yg xbaik jauhkan.

bukan tu yg ak nk ckp. mslhnya, ad sgelintir org yg xphm mksud ssuatu lagu dialek tp mengutuk, mengata.
ok, awk dh la xbpe phm ap org tu nyanyi, jd ap mslh awk nk kutuk. ya, org tu kutuk lagu dialek n9. ak bkn nk menangkan n9. ya mmg ak lahir d n9, tp xde darah n9 lgsg dlm bdn ak ni. klu org tgk ic, ya, mmg 05 tp ak xde suku n9 n xmahir bckp n9 pon. so, bkn nk menangkan mana2 pihak.

org n9 mmg tkenal dgn adatnya (adat pepatih) yg lebihkan pmpuan. ok, lagu tu kata 'jgn slh agp knp lebihkn pmpuan, sbb laki bleh hdup klu cmpk dlm utan' (slps ditranslate ke bm) bukan bmkna lelaki dketepikan, xde jatuh2kn martabat lelaki pun. lbhkan pmpuan tu cuma dlm aspek pembahagian hrta je. lelaki ttp ktua kluarga. lagu tu jgk ad puji (gadis Jelebu yg cantik2 *katanya :P) dan perli atau nk bg nasihat yg lelaki klu dh kawin jgn lupa tgjwb kat mak ayah. ya la, bila dpt bini cantik kan, tggjwb kat mak ayah jgn lupa plak.

ada plak yg kata, 'ee, ak xnk la awek n9, nnt sume hrta dia sapu, ak tgl shelai spinggang'. ok lagu tu kata 'org luar salah tafsir kata gadis kita bahaya, lps cerai sume hrta jd milik dia' (slps dtranslate ke bm). hrta pusaka mmg lbh ke pmpuan, klu cerai, hrta spencarian ttp bhagi sma. klu kawin kan nak kekal hgga ke jannah so watpe pk cerai n hrta dunia tu.

sama la jugak bila org nak btunang or nikah. mulut makcik2 kg.
"eh..kena la mintak emas"
"mintak la satu set"
"emas putih buat apa, bukan boleh gadai"
"emas kuning la ada hrga"
"klu emas kuning, bila tdesak nnt bleh gadai"

COP!

makcik2, sy nak beli cincin tunang n nikah ni sbb nk simpan n wat knangan. bukan dgn niat time susah nnt nk gadai. 

T.P.cal MALAY - sekian

Sunday 2 February 2014

Kerana Popcorn dan Kentang

4.56 p.m, XX Mall

Jejaka: Nah! (sambil menghulurkan kotak)
Gadis: (mencapainya sambil merenung kotak tersebut. kemudian Gadis melihat ke arah Jejaka) hah? (Oh popcorn rupanya.) (Gadis berpaling pula ke arah adik lelakinya) Eh, takpe la, ni dah ada. (sambil menunjukkan kotak yang dipegang oleh adik lelakinya.)
Jejaka: Takpe, ambikla. Ada banyak. (senyum)
Gadis: Thank you. (tunduk tanpa membalas senyuman)

7.45 p.m, rumah Gadis

Gadis ternampak Jejaka solat di ruang tamu. Gadis lalu sambil curi-curi pandang. *Gudix

8.30 p.m, masih di rumah Gadis.

Gadis asyik ulang alik ke dapur dan ke luar rumahnya sambil membawa barang-barang yang diperlukan untuk BBQ. Jejaka sedang duduk di ruang tamu.

Gadis: (Amboi! semua orang sibuk kat luar dia duduk je ke? mr.king!)

8.45 p.m, laman rumah Gadis

Semua orang sedang asyik makan dan berBBQ sambil bersembang. Suasana sungguh meriah.

Jejaka: Tolong ambikkan tu. (menunjukkan sesuatu di belakang Gadis.)
Gadis: (Menoleh ke belakang) Apa? Kentang ni?
Jejaka: Hah.
Gadis: (mengambil tiga biji kentang dengan dua belah tangan dan menghulurkannya kepada Jejaka. Gadis cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh Jejaka.)
Jejaka: (seakan memahami kerut di dahi Gadis, Jejaka juga cuba untuk tidak menyentuhnya. Jejaka berjaya mengambil kentang-kentang tersebut tanpa bersentuhan.) 
Gadis: (fuhh~ selamat)

Tiba-tiba Gadis rasa seperti mahu ke tandas. Gadis berlari anak masuk ke dalam rumah. Sewaktu Gadis keluar daripada tandas, dia ternampak Jejaka sedang menuju ke arahnya.

Gadis: (Hoi, giler ke apa mamat ni! aku masuk umah ni bukan ada sapa dalam umah, yang ko pun masuk jugak tu kenapa?!)

Gadis terus cepat-cepat keluar dari dalam rumah tanpa memandang ke arah jejaka. Sampai di pintu depan rumah, adik lelaki Gadis muncul)

Adik lelaki Gadis: Cepat-cepat kak! Tinggalkan abang dalam umah! Kunci pintu dari luar.
Gadis: (main-main plak budak ni. terus ke laman rumah tanpa memberi respon pada adik lelaki)

Semua orang seakan penat mengipas dan membakar makanan tersebut. Sampailah giliran Jejaka untuk menyambung tugas-tugas tersebut. Gadis yang dari tadi merupakan pembantu setia, tetap meneruskan tugasnya walaupun ketua chef sekarang dah bertukar.
Tiba-tiba api marak dan dua ketul ayam rentung sebelah.

Gadis: (kikikikiki~ Jejaka jejaka~)
Jejaka: ayam ni dalam masak ke tak hah?
Gadis: entahlah, masak kot.
Jejaka: nampak macam tak masak je.
Gadis: yeke?
Jejaka: ala, takpe kan..korea kan makan separuh masak.
Gadis: itu daging, kalau ayam kena masak dengan sempurna. tak tengok masterchef ke? :-P
Jejaka: rasa macam tak masak ni. luar je nampak masak dalam tak.
Gadis: biarlah dulu.
Jejaka: ala, apa barang tengok Running Man kalau tak makan separuh masak kan.
Gadis: (amboi dia ni! perli aku ke apa?!) kan orang dah cakap tadi, itu kalau daging.
Jejaka: sama je, ni daging jugak, daging ayam. hah, apa plak beza daging ayam dengan daging ikan?
Gadis: dah la malas nak cakap.

***

Jejaka: habis tu ni dah boleh ke?
Gadis: tak tau malas nak cakap dah.
Jejaka: Ok takpe, kita kopek la skit isi dia tengok. (sambil membelah isi ayam dengan pisau)
Gadis: (merenung ke arah ayam) nampak macam masak je.
Jejaka: masak apa, isi dia pink-pink skit tu. (sambil mengambil garfu) nah cuba rasa.
Gadis: (mengambil garfu tersebut) em...skit lagi masak kot. (memulangkan garfu)
Jejaka: ayam yang ni plak? (menghulurkan sekali lagi garfu tersebut dekat dengan muka Gadis)
Gadis: (tanpa menyedari terus mengangakan mulutnya) ! (ops! aduh! ada orang nampak tak ni?)
Jejaka: macam mana?
Gadis: hah? hah? (masih terpinga-pinga) hah, sedap! (sambil sengih kambing ke arah Jejaka)
Jejaka: ek? (menggunakan garfu yang sama, menyuapkan sepotong ayam ke dalam mulutnya)
Gadis: **keras kejung** (OMG! indirect kiss!)

Mata Gadis membulat memandang ke arah Jejaka. Jejaka dengan muka selamba terus membakar ayam.