Followers

Sunday 2 February 2014

Kerana Popcorn dan Kentang

4.56 p.m, XX Mall

Jejaka: Nah! (sambil menghulurkan kotak)
Gadis: (mencapainya sambil merenung kotak tersebut. kemudian Gadis melihat ke arah Jejaka) hah? (Oh popcorn rupanya.) (Gadis berpaling pula ke arah adik lelakinya) Eh, takpe la, ni dah ada. (sambil menunjukkan kotak yang dipegang oleh adik lelakinya.)
Jejaka: Takpe, ambikla. Ada banyak. (senyum)
Gadis: Thank you. (tunduk tanpa membalas senyuman)

7.45 p.m, rumah Gadis

Gadis ternampak Jejaka solat di ruang tamu. Gadis lalu sambil curi-curi pandang. *Gudix

8.30 p.m, masih di rumah Gadis.

Gadis asyik ulang alik ke dapur dan ke luar rumahnya sambil membawa barang-barang yang diperlukan untuk BBQ. Jejaka sedang duduk di ruang tamu.

Gadis: (Amboi! semua orang sibuk kat luar dia duduk je ke? mr.king!)

8.45 p.m, laman rumah Gadis

Semua orang sedang asyik makan dan berBBQ sambil bersembang. Suasana sungguh meriah.

Jejaka: Tolong ambikkan tu. (menunjukkan sesuatu di belakang Gadis.)
Gadis: (Menoleh ke belakang) Apa? Kentang ni?
Jejaka: Hah.
Gadis: (mengambil tiga biji kentang dengan dua belah tangan dan menghulurkannya kepada Jejaka. Gadis cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh Jejaka.)
Jejaka: (seakan memahami kerut di dahi Gadis, Jejaka juga cuba untuk tidak menyentuhnya. Jejaka berjaya mengambil kentang-kentang tersebut tanpa bersentuhan.) 
Gadis: (fuhh~ selamat)

Tiba-tiba Gadis rasa seperti mahu ke tandas. Gadis berlari anak masuk ke dalam rumah. Sewaktu Gadis keluar daripada tandas, dia ternampak Jejaka sedang menuju ke arahnya.

Gadis: (Hoi, giler ke apa mamat ni! aku masuk umah ni bukan ada sapa dalam umah, yang ko pun masuk jugak tu kenapa?!)

Gadis terus cepat-cepat keluar dari dalam rumah tanpa memandang ke arah jejaka. Sampai di pintu depan rumah, adik lelaki Gadis muncul)

Adik lelaki Gadis: Cepat-cepat kak! Tinggalkan abang dalam umah! Kunci pintu dari luar.
Gadis: (main-main plak budak ni. terus ke laman rumah tanpa memberi respon pada adik lelaki)

Semua orang seakan penat mengipas dan membakar makanan tersebut. Sampailah giliran Jejaka untuk menyambung tugas-tugas tersebut. Gadis yang dari tadi merupakan pembantu setia, tetap meneruskan tugasnya walaupun ketua chef sekarang dah bertukar.
Tiba-tiba api marak dan dua ketul ayam rentung sebelah.

Gadis: (kikikikiki~ Jejaka jejaka~)
Jejaka: ayam ni dalam masak ke tak hah?
Gadis: entahlah, masak kot.
Jejaka: nampak macam tak masak je.
Gadis: yeke?
Jejaka: ala, takpe kan..korea kan makan separuh masak.
Gadis: itu daging, kalau ayam kena masak dengan sempurna. tak tengok masterchef ke? :-P
Jejaka: rasa macam tak masak ni. luar je nampak masak dalam tak.
Gadis: biarlah dulu.
Jejaka: ala, apa barang tengok Running Man kalau tak makan separuh masak kan.
Gadis: (amboi dia ni! perli aku ke apa?!) kan orang dah cakap tadi, itu kalau daging.
Jejaka: sama je, ni daging jugak, daging ayam. hah, apa plak beza daging ayam dengan daging ikan?
Gadis: dah la malas nak cakap.

***

Jejaka: habis tu ni dah boleh ke?
Gadis: tak tau malas nak cakap dah.
Jejaka: Ok takpe, kita kopek la skit isi dia tengok. (sambil membelah isi ayam dengan pisau)
Gadis: (merenung ke arah ayam) nampak macam masak je.
Jejaka: masak apa, isi dia pink-pink skit tu. (sambil mengambil garfu) nah cuba rasa.
Gadis: (mengambil garfu tersebut) em...skit lagi masak kot. (memulangkan garfu)
Jejaka: ayam yang ni plak? (menghulurkan sekali lagi garfu tersebut dekat dengan muka Gadis)
Gadis: (tanpa menyedari terus mengangakan mulutnya) ! (ops! aduh! ada orang nampak tak ni?)
Jejaka: macam mana?
Gadis: hah? hah? (masih terpinga-pinga) hah, sedap! (sambil sengih kambing ke arah Jejaka)
Jejaka: ek? (menggunakan garfu yang sama, menyuapkan sepotong ayam ke dalam mulutnya)
Gadis: **keras kejung** (OMG! indirect kiss!)

Mata Gadis membulat memandang ke arah Jejaka. Jejaka dengan muka selamba terus membakar ayam.

2 comments:

  1. weyyyyyyyyyyyyy... jejaka mana pulak nih...??????? wooo... crik bru ek..?? pntang ada peluang..... hohoh

    ReplyDelete
  2. gila! ni kan fiksyen..ak baru niat nak tulis cerpen skit...aduhh~

    ReplyDelete