Followers

Saturday 6 April 2013

Bermuhasabah diri

Salam~
Entri kali ini agak panjang. ^^



kadang-kadang kita tidak perasan bahawa kita telah membuat rakan kita sedikit tersinggung. Mungkin disebabkan rakan kita itu nampak seperti tidak mengambil hati, tidak kisah, kita pun petah mengeluarkan kata-kata tanpa sedar yang rakan kita itu juga punya perasaan sama seperti kita. Rakan kita itu kuat sebenarnya! Jika kita rasa kita mudah terasa dengan kata-kata orang lain, ingatlah, pesanlah pada diri, fikir dahulu sebelum kita berkata-kata. Kita lemah sebenarnya! Memang benar, manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun, masih ada ruang dan waktu untuk kita latih diri kita supaya hanya bercakap bila perlu dan bercakap perkara yang bermanfaat sahaja. Semua perkara yang aku tulis ini ditujukan kepada diriku juga kerana aku juga manusia biasa. Sama-samalah kita muhasabah diri.

Terdapat juga situasi dimana kita memang sudah sakit hati dengan rakan kita itu menyebabkan kita mahu membalas dendam dengan melakukan perkara yang sama. Tapi! Tidak sedarkah kita yang jika kita melakukan perkara yang sama kita juga menanam sikap untuk jadi seperti dia. Wallahualam. Kita boleh dan digalakkan untuk menegur atau menyedarkan rakan kita. Walau bagaimanapun, membalas dendam bukanlah cara yang betul. Sekali lagi, mari bermuhasabah diri.

Pesanan terakhir, (Juga kata-kata dari seorang sahabat kepadaku) Allah hadirkan mereka yang berbeza dengan kita dan mungkin sikap yang kadangkala menjengkelkan dengan sebab supaya kita jadi lebih sabar, lebih matang dan mengambilnya sebagai pengajaran. Selain itu, janganlah kita memandang buruk seseorang itu kerana nanti kita tidak akan nampak lagi kebaikannya.

Sekian, Wallahualam~

p/s: Aku juga kadangkala tidak terlepas melakukan perkara yang sama. Maafkan aku~

No comments:

Post a Comment